Assalamualikum! Hai semua. Hari ni something happen dekat IOI Mall. Just a few minute ago benda tu terjadi. IOI ni ade 2 level. Nasib baik kedai yang kena rompak tu dekat level bawah. Kedai mak aku dekat level atas.
Sorang2 dekat kedai, tiba-tiba ada lah customer masuk. Tengok baju yang ada. Tengah sembang2 dengan customer. Tiba tiba aku dengar bunyi.
Ku ingatkan bunyi escalator rosak. Sebab ade 1 family ni die nak turun bawah. Tapi belum sempat melangkah nak turun. Terus angkat kaki naik balik. At the same time, terdengar macam ade bunyi yang kuat dari bawah. Lebih kurang 6 kali dengar bunyi tu. Punyalah aku ingat escalator yang rosak.
Tiba-tiba, dengar bunyi alarm kuat. Menggalabah lah aku dengan cust ni. Cust ni cakap macam bunyi orang tembak. Tapi bukan yerr. Selepas aku goasip dengan jiran2 kedai ni. Kebenaran dah ku ketahui.
Okay,sambung balik. Aku tinggalkan cust tu kejap. Aku pegi kedai yang akak aku jaga (kedai family aku ada 2, so aku and akak tolong jaga). Aku pergi tengok die. Dia cepat suruh amik segala barang yang ada. Kiteorang yang kat atas ni dah menggelabah. Tangan pun tiba-tiba sejuk. Hahaha !
Lepas keadaan dah reda, aku pergi lah jenguk kedai sebelah. Nak jugak tahu cerita. Haha ( Kepoh betul aku ni) . Uncle tu cakap bukan bunyi orang tembak. Tapi bunyi orang ketuk pintu kebal guna tukul besar yang disorok dalam beg.
Yang paling best, langsung tak ada kesan dekat pintu tu. Memang lah, dah nama pun pintu kebal. Tak ada sapa yang injured pun. Perompak tu pun tak dapat apa2. Yang dapat penat ketuk pintu je lah. Hahaha ! Kesian, sampai sekarang ni aku takut nak turun bawah. Trauma lagi. Hehe!
Okaylah, bye semua ♥
0 comments:
Post a Comment